Tuesday, August 31, 2010

Pengangkutan Awam..



Pengangkutan awam? spt? Bus.. teksi.. keretapi.. kapal terbang.. feri.. sumenye termasuk dlm pengangkutan awam kn.. kecuali kapal selam.. sbb die hanye org tertentu je.. pengangkutan awam ni penting sbenarnye.. kalo tadek.. semakin jem la bndar KL ni.. tapi kesesakan lalu lintas masih jgak ade.. yela nk pkai kete ke.. moto ke.. skang da murah da.. sape2 pon bole pkai.. janji bulan2 bole bayar.. 


tapi mengapa pengangkutan awam negara ni tak dipertingkatkan ek.. komuter.. bus.. sape2 yg penah komuter kalo nk pg KL mesti tau betapa azabnye.. padahal kalo ikot kepentingan komuter ni penting sbenarnye.. kalo kite nk compare dgn ERL tu.. jauh lebih cantik kan.. dala laju.. tapi harga.. mmg jauh bezala.. same jgak LRT.. monorel.. tapi pelik.. kenape diorang tanak upgrade komuter tu.. apela salahnye kalo perbaiki gerabak die.. tambahkan bilangan die.. tak dinafikan la kos selengara ia mmg tinggi.. tapi ni sume utk org ramai.. 


Masalah kesesakan lalu lintas tak akan selesai kalo pengangkutan awam tidak diperbaiki.. kalo fikirkan keuntungan.. mmg tak kemana la.. mcm lrt putra.. time balik keje.. fuhh.. mmg ikan sardin la.. knape diorang tanak tambah gerabak die kan? modified lebih panjang skit ke.. tambahkan stesen baru ke.. cth area damansara dgn punchong ke.. kat sane mcm da maju tapi takde LRt or komuter.. 


Same jugak mcm bus. tiket smakin lame smakin naik.. bus same jgak.. takde istimewa pon.. nk ckp kos bahan api smakin naik bkannya diorang takde subsidi? takkan sbb gaji driver bus smakin naik? tambang sume same stiap bus.. tapi ade yg buruk.. ade yg cantik.. Hmm.. mcm tak adil jek. driver bus pulak bawak dala gile2.. tak pikir keselamatan.. tau nk cpat smpai jek.. lebih2 lagi time raye.. harge tambang mesti naik.. ape nk jd diorang ni.. mane peginye pihak berkuase? apekah tindakan sewajarnya bagi mengawal tambang utk pengangkutan awam? 


Kalo kite tgk negara jiran ke(bekas negara kite gak).. mengapa diorang punye pengangkutan awam cekap? sbb diorang lebih mementingkan pengguna pengangkutan awam.. sbb tu masalah kesesakan bole diatasi.. harga kereta tak mahal mane pon.. cume tak bole pkai lame.. kalo nk compare dgn kat sni.. harga keter mahal pon org still akan beli jgak. kenape diorang tak centralizekan pengangkutan awam ni dibawah badan induk.. yg mane diselenggara oleh kerajaan sendiri dan bukan pihak swasta. supaya harga bole di selaraskan dgn mudah. 


tapi bagi pengangkutan udara rasenye bile airasia da start bersaing.. ade jgak la perubahan pada mas.. kalo tak slame ni tambang die mmg tak ingat dunie mahalnye.. bgsla.. everyone can fly.. 

Saman Ekor..



Hmm.. mcm2 skang ni.. ade ura2 nk kaji sume la aritu... ape motif diorang ni nk saman ekor ek.. smate2 mengurangkan kemalangan? cam tak logik je alasan.. abis tu siang je bwak slow? so kira mlm bole speed la? ade member aku penah cite yg gps die bole detect speed trap ni.. so?  ape gune saman ekor ni? rasenye diorang mesti da ade marketing analyst utk target sape yg bakal di saman.. nk kate org atasan? mustahil la.. diorang kn ramai contact.. byk lg cara bole elak kemalangan slain dpd speed trap ni.. ade org ckp kalo bawak lebey dpd 240km/h da mmg tak kena speed trap da.. kalo camtu kete tempatan je yg kebanyakkanye digunakan oleh kelas pertengahan.. kete import  mustahil takbole lebey kan.. nk2 kalo ade "turbo".. tapi kan cane plak kalo diorang bole adjust speed limit utk speed trap ek? bkan ade sesape nmpak pon kan? tak de sape pon tau kn? agak2 nk duit raye lebey.. hehehe..


bru2 ni dgr cite ade pihak nk wat bantahan gune tandatangan.. ape salah nk gune tangan? asal tak gune kaki? bkan kaki yg tekan pedal minyak tu.. motif gile kn.. hahaha.. ape pon okla at least ade gak usaha.. bgs2.. hehehe.. 



Monday, August 30, 2010

Mengapa Namewee?? Negara Kuku??



Asal nk merdeka je mamat ni mesti wujud.. polis mule membuke kertas siasatan berhubung dengan lagu negaraku.. yg diubah suai dpd lagu terang bulan.. bkan new moon ok.. Sejarah lagu ni bermula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. 


Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke skudai yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? tanyala ketua puteri kayangan dia yg tau..  

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apakah  concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Che Det concorong adalah perkataan Melayu untuk radio..
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Matiur Rehman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

nk dijadikan cite.. Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan ehh… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang.Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.
Kerana itu aku dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. 

Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.
Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia dan Singapura..
Tiada ape yang bole disorok kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disembunyikan. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik aku yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Hm... sbb tu si Namewee tu brani nk cabar puteri kayangan tu berdebat ek..  braninye ko cine bukit.. hehehe.. 

Menjadi kaye dgn RM100 di Facebook..



Sume org nk jd kaye kn? tujuan aku tulis benda alah ni bkan nk kasi tips supaye jd kaye ke ape ke.. cume sekadar memberi kesedaran.. bahawa ramai org2 kite skang ni cam nk kaye cpat.. mcm2 cara diorang pkai.. taktik2.. supaye org ramai terpengaruh.. especially kite bole tgk status kt fb tu.. bole wat duit.. cam rm100 tu.. kat sni aku nk share nape skim tu bahaye setelah diorang wat kajian...





Yang difahami darinya :
·         Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
·         Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)
·         Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
·         Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.
Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)
Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000
Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri..



Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...
Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 =  $50
Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 =  $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 =  $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 =  $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 =  $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 =  $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Let's skip to week 10...
Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 =  $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.
YURAN SETIAP BULAN
Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.
Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.
Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.
Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI  (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.






KESIMPULAN AKHIR
1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.



Mengaku Membuat kerja kerana tuhan..

Lihat bagaimana undang2 yg dicadangkan dan digubal oleh manusia.. sumenye atas name tuhan.. ini contoh terbaik utk kite memahami pelbagai undang2 yg diwujudkan.. cube lihat dan sedarlah bahawa undang2 dan hukum hakam ini memiliki sejarahnya sendiri.. semuanya wajid dilihat dalam kontek pensejarahan itu..


kite bernasib baik apabila isu org kapir masuk surau muncul maka nnt kite akan dpt melihat munculnya undang2 baru.. ini proses pembelajaran tentang pensejarahan kelahiran hukum hakam... agaknya berapa byk hukum hakam yg dipakse atas kite ini semuanya dilakukan atas name yg maha esa.. atas name menjaga kesucian agama.. dengan menggunakan name tuhan kite ditindas..


Hmm.. sbb tu jgn mls membace.. kalo tak nnt senang kne tipoo... hehehe..

Sunday, August 29, 2010

SHopping raye..


fuh.. ramai gile org kat jalan tar.. da name pon jalan kn.. mestila ade tar.. Hm.. besela bile raye da smakin hampir.. kedai2 kain mmg buat duit la.. bkan stakat kain je diorang wat tau.. yang jual kebanyakkan mamak... india.. indon ade skit2.. melayu? jrg2.. tp ade la jgak.. harga lak.. besela. kalo tak tawar.. mmg kelat je rase nk bayor... kat shopping2 complex pon gitu jgak.. naik2 harge skit.. pastu watla diskaun kn.. besela nk berniaga kate kan.. org pompuan ske la kan.. diorang ni kalo shopping.. nasib baikla blan pose.. kalo tak.. satu kl diorang bole tawaf.. hehehe.. 

Saturday, August 28, 2010

Kereta Idaman...



Hmm... agak2 bile dpt pkai kete idaman ek.. asek brangan jek.. siap mimpi2 lg.. bestnye tgk org2 ni beli kete cam beli kasut je.. besela bdak2 akhir zaman ni.. kete umpama bini ke-2 diorang.. kalo tadek kete kira cam loser la cam ade org penah ckp la kn.. aku diam je hahaha.. 


 




Maybe diorang tatau kete ni liabiliti sbenarnye.. kepuasan la kn.. bole bawak laju2 la.. pengaruh membe2 pon ade gak.. besela mane bole tgk membe lebey skit.. turbo beb... stakat kete ko makan asap je la... hehehe.. ade org tu satu kete wat g keje.. satu lagi utk performance.. ni lg gile beb.. pelik2 org ni.. 
yela duit diorang kn.. tp duit diorang duit bank gak.. hehehehe.. yela mcm2 org kan ade ske modified laju2.. ade ske modified kasi nmpak style.. tukar rim la.. tukar sound system la.. siap bole kareoke beb.. pastu letak spoiler siap bole sidai kain lg.. tukar tayar kasi nmpak lebar skit supaye tak nmpak sotong sgt.. bru gerek.. tp kalo dpt tayar free best gak kn.. ni kne beli sendiri lak.. takpe.. money is not everything.. hehehe.. 


 


nk2 plak skang ni time2 nk raye kn.. siap nk tayang2 kete baru lagi.. besela tu.. fitrah manusia.. 

Dugaan dibulan pose...

Hmm... kadang2 pelik lak rasenye.. blan2 pose ni pon cam setan sume kne ikat.. tp still gak rase cam ade.. kot2 diorang cam prison break tu kn.. bole terlepas lak.. motif gile.. ade je org ske cari pasal.. kadang2 benda kecik pon nk gado.. sudah2 la tu.. motif gile... 


benda yg da lepas tu lepas la.. takyah la diungkit2.. anggap je cam tak penah wujud kewujudannye.. nk pg sebarkan kt org watpe.. biar satu malaysia tau ke? haha.. 









isu rumah ibadah...



aish.. mcm2 isu skang ni.. diorang cam tak hormat da rumah ibadah org islam... sperti Masjid.. Surau.. kes terbaru yg aku dgr pasal simbah cat kt surau area negori.. tak puas ati btol aku.. kalo nk ikotkan ati.. nk je mandikan diorang tu dgn cat balik.. bru diorang tau sakitnye ati org islam kt sni.. mane la diorang dpt cat tu.. dpd jepon ke.. ish.. pastu baling botol carlsBERG.. gile diorang ni.. dah tadek akal ke.. mmg saje nk cari pasal agaknye.. tak kira bdak2 ke.. yg pntg benda ni mesti ditangani segera.. si raja kapur ni takde lak murka ke ape.. motif gile..




Pastu bru2 ni gak ade plak bole ahli parlimen tu msk surau kan.. dgn tak tutup auratnye.. sengal btol.. kalo ye pon nk bg taskirah.. mcm surau tu tingkat 19 je tak tempat lapang.. ape la salahnye taskirah kat luar surau ke.. motif gile diorang ni.. pastu tak pasal2 je Raja Gopal da murka.. tak kesala ko tu ahli parlimen ke.. ketua pusat buddha ke.. kalo da tak bole msk tu mmg tak bole la.. bkanla nk kate kite racist ke ape.. cume tempat suci.. knela hormat camane kite bole hormat tempat diorang.. tak kesala ko da derma tembok besa ke.. 

Friday, August 27, 2010

Buffet Ramadhan..



Bile da start pertengahan ramandhan ni..mula ramai buke kt luar... bazar2 da start kurang da.. maybe ramai da dpt gaji kot.. awal2 pose dlu ramai sume org nk bajet jek.. ramai gak tanye "buke mane sedap ek" sparuh org kalo makan mmg tak ingat dunie.. tapi kalo org blanje mmg sedap ek... tp kalo kne bayor sendiri tu.. rase kelat je makanan tu... hehehe... separuh org ckp kalo nk bajet pegi buke masjid.. bole gak duit tu simpan utk kawen... hahaha.. tapi aku lak jenis tak ske bratur.. kongsi2 lak tu.. aku penah skali je pegi mase blaja dlu.. itu pon sbb membe aku tipu ckp "smlm masjid hidang ikan.. arini maybe ayam kot.." pastu pegi2 je.. rupenye ikan jaket.. huhuhu.. telan je la.. 


Hm...  itulah sejak akhir2 ni byk hotel2 wat buffet ramadhan.. lagi mahal korang bayor lagi banyakla makanan diorang.. itula.. ade org ckp kalo stakat gi buffet makan skit nk watpe kan... ade org ckp.. jgn mkn nasi.. makan lauk jek.. hahaha.. ade sorang tu plak ckp jgn minum air.. kalo agak2 da btol2 tercekik bru minum.. yela kalo skali mkn je da kenyang rugila.. da bayar mahal2.. cam membazir lak nanti... 


Tp sejak akhir2 ni ramai lak dgr pasal hotel tadek sijil halal.. Hmm.. kite duk sedap2 makan slame ni bru tau hotel tu tadek sijil halal rupenye... dala mostly chef tu mmg org islam.. nk wat cane mkn gaji je bai.. sape nk kasi duit raye nnt kalo tak keje..  abis kalo tadek sijil halal..senang2 bagi je sijil haram kat hotel ni..  takyah kecoh2 dah.. mesti diam trus hotel tu.. huhu.. kalo aku.. baik buke rumah lg sedap.. masak sendiri.. abis cite.. takpon korang suh org masakan ke..hehehe.. lagi puas ati.. dpd bazir duit kadang2 bkan sedap sgt pon.. 



Thursday, August 26, 2010

Reason For Leaving : Nuzul Quran

Esok sape duk kl kne pg keje la.. ish khurafat tol org kl ni keje time nuzul Quran.. time Thaipusham sibuk nk cuti lak... ish.. One Malaysia katekan.. bestnye korang esok.. tapi besela.. Malaysia mmg byk cuti.. campur annual leave lg. Mc lg.. eL lg.. ish.. cukup byk.. 

Hujan dipetang hari di HKL...



Member punye pasal aku tlg la antar die pg sane.. dala Jem.. Parking susah. nk menempel tepian2 pon susah.. ish3... sesak btol hospital kat sni.. dpd kerajaan pindahkan Parlimen tu baik pindahkan hospital ke.. lg bgs.. yela kos pemindahan utk Parlimen tu makan 800juta... siap bole bine brape hospital tu.. kalah Prince court.. hahahaha..


ish.. siap bole wat hospital free beb.. haha.. kalo camtu da takyah pikir medical card da.. hospital da free.. alangkah bgsnye.. ni ade ke nk suh jage kesihatan naikkan harge gula la.. naikkan harga rokok la.. itu bkan nk menyelesaikan.. membebankan lagi ade la.. motif gile diorang ni.. 

itula.. wat tender kne telus..

Baru2 ni dpd akhbar picisan melaporkan.. ade 2 org ahli parlimen iaitu 1 dpd gerombolan dan pembangkang berstuju bahawa kerajaan harus memastikan proses tender harus lakukan secara telus dalam usaha rancangan malaysia ke-10.. 


KJ berkate langkah itu bagi membuktikan kerajaan serius memastikan semua syarikat swasta mendapat layanan secara adil.. Contohnya, bagi projek pembangunan Lapangan Terbang Sungai Besi dan tanah kerajaan di Sungai Buloh, saya berharap pemaju yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan yang menawarkan harga tender terbaik," katanya la kan... 


tapi yang peliknye cane lak airport sg besi tu bole dpt kt org cine lak kn.. mane pegi Perkasam ni..  

SamaN syarikat Minyak..


Hmm.. itula.. aku dgr cite Kerajaan Negeri itu akan saman Petronas beb.. pada 30 Ogos ni pasal royalti minyak yg diperolehi dari perairan negeri tu.. Kate Pengerusi Jawatankuasa Perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri Datuk Husam Musa keputusan tu dibuat setelah mesyuarat exco di NewCastle smlm.. menurutnye kerajaan akan mengumakan writ saman kpd Pejabat Pendaftar Bahagian Perdagangan Mahkamah tinggi..  Beliau berkata dalam kes saman tu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yg buat terserahla pade Mahkamah.. writ saman itu dikemukan atas name Petronas dan bukan Kerajaan Malaysia..

Hmm.. agak2 bole menang ke.. main2 dgn minyak ni.. kang xpasal petrol naik lg.. hahaha.. tp okla hak diorang kan.. kebenaran suda tak bole disembunyikan lg.. 

btol ke Petronas sembunyikan fakta-fakta ni? bkan ke Petronas patutnya beri penjelasan setiap pengeluaran disetiap blok. Supaya kerajaan negeri tau hasil pengeluaran tersebut. aku rase ni dilakukan oleh Petronas. Segala maklumat untuk edaran awam petronas adalah amat superficial(PnC) dan anda pasti terkejut bila melihat bagaimana pihak ketiga cam Talisman, Aremada Hess, Shell dan ExxoN begitu telus dan begitu memberi kerjasama kepada mana2 pihak yang mencari maklumat. 

Bila dikumpulkan maklumat dari pihak ketiga, baru kita tau, maklumat yang petronas dedahkan hanya sebesar zarah sahaja. Ungkapan Petronas menyembunyikan maklumat kepada rakyat memang tepat bila korang lihat fakta dari pihak lain yang beroperasi di Pantai Timur semenanjung. Maklumat dari MTJA sendiri jauh lebih lengkap dari Petronas. ini terjadi kerana Petronas dikawal terus oleh.... korang tau je la kn.. tp bkan tony stark la.. hahahaha

Cuti UmuM berbayar



dah lebey 50 thn negara ni merdeka bru prasan ade hari Malaysia. yela yg kite tau national day 31 Ogos je.. sbb cuti.. xde lak dpt cuti time 16 Sep tu.. bru2 ni je kan.. tp okla tu dapat gak cuti... bak kate Menteri Sumber Manusia.. Datuk Dr S. Subramaniam cuti tu merupakan cuti berbayar.. 


Ooo aku ingatkn time ot jek berbayar.. time cuti pon kne bayar gak ek..haha itu  tibe2 kalo bos korang call time tu suh keje.. ko mintak jek suh die bayar dable.. hahaha.. 

Ohh... Duit raye...



dgr cite org gomen dpt 500.. itula setelah mengambil kira kos kebajikan org gomen dan pesaranye utk nk kurangkan beban hari raye ni kate die la.. Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6juta iaitu RM639.6juta bagi petugas dan RM295 juta bagi pesara. 


Tapi Cuepacs ckp sbenarnye diorang  mintak 1000 .. okla tu.. mintak 1000 dpt 500(sparuh).. apelah cuepacs ni.. ade ke mintak seribu.. lain kali mainla 10000 ke.. cam ade sesetgh company tu bg.. at least kalo dpt sparuh mmg puas ati la kn.. da bole braye singapore da nnt.. hahaha.. 


OKla tu.. dpd xde.. btol x.. pasni bolela ngedeng membe2 gomen kite payung steamboat ke.. hahaha...

Keaslian Melayu...

PerkasaM... pertubuhan yg dikatekan mempejuangkan nasib kaum melayu yang smakin lupe bak kate MantaN.. yang diketuai oleh brahim's Ali(bukan name sbenar) yang juga memperkenalkan konsep "True Malays" iaitu isu antara Melayu dengan Bumiputera.. aku xpaham ape dan siapa sbenarnye Melayu ni.. adakah satu bangse yg jatuh dpd langit? Hmm... Mungkin mamat ni bole kenalpasti ape maksud sbenarnye Melayu tu sendiri kot.. Kalo ikot sejarah camtu sah2 aku da terkeluar dpd list...sbb datuk moyang aku bkan dpd pure Melayu.. tp dpd timur tengah sumenye.. aku da check da.. xkira blah umi atau pon abah... so siape yg btol melayu kat sni? ade sape2 yg bole bukti mmg aku salute beb..  susah gakla nk cari btol2 "pure" melayu kt Malaysia ni.. kalo ade pon org asli tu.. itu pon xsume islam..  


janganla kite konfiuskan diri kite dgn isu bangse da agama lak.. baik kekalkan pada konsep  1 Malaysia... sperti yg dipropagandakan oleh bini rosmah.. tp jgn pulak esok luse dgr TRUE CHINESE atau TRUE INDIANS lak.. hehehe.. 



Warkah buat Followers..

Hmm.. aku xkesa pon sape2 nk bace blog ni.. xde motif pon nk chop stalker kt sape2.. kalo xbaik aku private je kan.. hehe atau sengaja nk sakitkan ati sape2.. xbaik dow bak kate Ketua Pusat Islam.. blan ramadhan lak tu.. actually aku saje je nk berkongsi pasal infomasi yg xbrape sgt ni.. kalo yg tlg promote2 tu Mahone ucapkan time kasih byk2 la yek..

Laptop vs PC...



setelah sthn bru aku terfikir akan kelebihan dan kekuranganye Laptop ni.. Nape ade sparuh org ske pkai laptop.. sparuh org ske pkai pc? tp xdinafikan kan la.. laptop ni kira cam mobile gakla.. senang dibawak 
kemane2.. cam iphone gak.. hehe.. tp laptop ni nk beli pon kne tgk brand gakla.. kalo nk bergaye skit(bajet style la).. beli la vaio ke.. apple ke..tp kalo nk performance tgk processor dgn graphic card die.. abaikan ram dgn hdd(kalo tatau sile tanye Gaban)  sbb benda tu bole upgrade kt mane2.. ape pon brg2 camni cpat jatuh harge.. cam keter gak.. ramai org duk survey harge laptop actually same je spec yang korang bole dpt kalo nk compare dgn brand..  


Pc lak.. bg org yg jenis up to date dgn pc.. nk jimat2 tp nk brg power mmg sesuai la pkai.. sbb pc ni senang nk upgrade compare dgn laptop.. performance die pon lagi power.. tringat lak mase kt kolej dlu bdak2 ni berlumbe2.. upgrade pc sape plg power.. xpaham btol aku.. last2 yang kaye taukei kedai komputer kt low yat dgn digital mall gak.. 


Benda ni sbenarnye beli ikot atas kepuasan si pemakai tu sendiri.. fungsi benda tu kpd si penggune.. ape yg korang nk sbenarnye. kalo ko ikot org smpai bile xabis.. yg abis duit gak.. 

Mafia war...


Game ni mmg gile.. hari2 aku main.. tp bkan 1/5 sperti yg didakwe oleh sesetgh pihak kan..  bru level 543 tp da main dkat setahun setengah.. xpe main bkan sbb level kan.. tp sbb nk kumpul item.. hek hek Hmm.. last2 si zynga gak yg kaye da 10juta da main game die.. Hmm..  sape la yg power programmer ek  mesti bole heck benda ni.. cam Mark Kawakami ke.. aish.. tp zynga ni xdela bodo camtu xde security utk game diorang.. ape pon aku tatau smpai bile aku akan stop main benda alah ni..

Blackout....


ish.. tgh syok2 mengarang tibe2 blackout lak kat ofis.. tgk2 jam da kol 5.30pm time tu.. so alang2 da mcm tu siap2 nk balik sbb nk bebuke dgn....  bile da kuar ofis terpikir nk cam trun tangge dpd 16 anak ni tatau brape ribu anak tangga nk kne turun kn.. blan pose lak tu.. nasib 10minit pastu ... tinggg... lift bomba lak bunyi.. selamat... hehe 

Wednesday, August 25, 2010

MukeBukula.. eff bee..

Mcm2la fb ni.. kejap delete org ni.. kejap add balik.. pastu deactivated.. ade tu smpai kne invite bru bole add die.. power sehhh... haha..


Hmm.. tak paham aku diorang kat Fb ni.. sume benda nk cite.. pegi mane nk cite.. berbuke menu ape nk cite..
beli itu ini pon nk cite.. kecohla lu.. sume benda nk cite..bosan sehh.. mencapup je keje.. gile senang nk track ko kat mane..  sape jd CIA pasni xyah susah2 dah.. sume ade dlm fb tu..


Tapi bahaye gakla.. silap2 bole ade group mengutuk korang tu.. gile bahaye.. hehe.. benda kecik pon nk dibesokan ek.. bak kate org.. tgk sekeliling ko skang.. benda2 sensitif ni bole bawak gado nnt.. hehe.. jgn marah.. nnt xlaku... hahaha...

PerMuLaaN MeMbaHaN...



Hmm.. mesti korang tengah bace benda yang aku tgh tulis kn.. kn..
tibe2 aku cam trase nk tulis blog sbb.. ade ke aku dituduh stalker.. motif gile.. 
actually blog ni sesuai dibace utk KK saje.. tp kalo slain dpd KK nk bace gak xpela.. aku halalkan.. hahaha.. 


Tujuan aku tulis blog ni sbenarnye saje je.. nk share pasal ape yg aku fikir dgn umat akhir zaman yang ade skang.. yela mcm2 benda pelik skang ni berlaku kan.. dgr cite.. 27hb Ogos ni 11mlm.. Bumi mempunyai 2 bulan.. satu lagi Marikh.. Hmm.. kena tgk ni.. kalo x tahun 2287 nnt bru dpt tgk..