Asal nk merdeka je mamat ni mesti wujud.. polis mule membuke kertas siasatan berhubung dengan lagu negaraku.. yg diubah suai dpd lagu terang bulan.. bkan new moon ok.. Sejarah lagu ni bermula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen.
Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke skudai yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? tanyala ketua puteri kayangan dia yg tau..
Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apakah concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Che Det concorong adalah perkataan Melayu untuk radio..
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Matiur Rehman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.
nk dijadikan cite.. Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan ehh… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang.Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.
Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.
Kerana itu aku dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku.
Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.
Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia dan Singapura..
Tiada ape yang bole disorok kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia.
Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disembunyikan. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik aku yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.
Hm... sbb tu si Namewee tu brani nk cabar puteri kayangan tu berdebat ek.. braninye ko cine bukit.. hehehe..
fakta yang menarik... letak la link skali syed.. senang nak refer ke, dengar ke, donload ke..
ReplyDeleteBro..Bese r tu..wujudkan kontroversi, naikkan publisiti.
ReplyDeletepjg gler ko taip..sib baik x jd journal..huhuahua..
ReplyDelete